SURAT KUASA WAKIL / MENTADBIR

MASALAH PUSAKA

GERAN PROBET

PINDAHAN PENAMA & HARTA

Barisan peguam bertauliah & berpengalaman untuk menguruskan pembahagian harta pusaka melibatkan Pejabat Tanah , Amanah Raya , Mahkamah .
Proses pembahagian dan urusan berjalan dengan LANCAR , TELUS dan CEPAT
Membantu melengkapkan dokumen dan maklumat yang diperlukan dalam proses pengurusan & pembahagian harta
Carian hakmilik tanah , penama KWSP , ASB dan lain2
Khidmat nasihat yang jelas dan follow-up
Yuran guaman yang munasabah dan fleksibel

HIBAH

HIBAH – JALAN KELUAR DARI FARAID?
Hibah, adalah salah satu instrumen pembahagian harta bagi orang-orang Islam. Ia bukanlah jalan keluar dari faraid, namun ia adalah sebagai pelengkap kepada sistem pembahagian harta dalam Islam.

Hibah bukanlah boleh dilakukan sewenang-wenangnya, kerana banyak kes berlaku dalam masyarakat kita di mana hibah dibuat tanpa memenuhi rukun-rukun hibah dan akhirnya, hibah tersebut dibatalkan apabila ada pihak-pihak yang mempertikaikan pengesahan hibah tersebut di Mahkamah Syariah.

Antara dalil pengsyariatan hibah adalah:-
“Terjemahan: … kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. (Surah an-Nisa’, 4: 4)”

Menurut pandangan jumhur fuqaha, ayat tersebut menjadi dalil bahawa pemberian yang dilakukan oleh seorang isteri daripada maharnya kepada suaminya adalah harus. Dengan demikian, keharusan mengambil pemberian isteri menerusi hibah merupakan dalil kepada keharusan hibah (al-Qurtubi, 2002; al-Qinuji, 1992; alJassas, 1992).

Dan ada banyak lagi dalil-dalil lain yang membenarkan pengsyariatan hibah ini. Namun begitu, perkara pokok tentang hibah adalah rukun-rukunnya seperti berikut:-

  1. Pemberi Hibah
  2. Penerima Hibah
  3. Barang Yang Dihibah
  4. Sighah iaitu Ijab dan Qabul

Banyak sekali kes hibah dalam masyarakat kita yang tidak memenuhi rukun-rukun tersebut, contohnya barang yang dihibah. Adakah barang tersebut milik pemberi hibah? Sebagai contoh rumah yang masih dalam hutang dengan bank/ mempunyai lebih dari seorang pemilik, adalah tidak boleh dihibahkan seperti itu sahaja kepada penerima hibah melainkan dengan cara yang tertentu. Rukun keempat iaitu sighah juga selalu menjadi isu disebabkan tiada lafaz ijab dan qabul yang sah antara pihak-pihak. Lafaz qabul terutamanya sering diabaikan, dan lafaz ini adalah menjadi kayu ukur sah atau tidak suatu hibah tersebut berdasarkan Mazhab Syafie. Sekiranya tiada lafaz sighah maka hibah tersebut adalah tidak sah dan boleh dipertikaikan di Mahkamah.

FARAID – SIAPAKAH WARIS YANG BERHAK?
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah Syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan
wasiat atau tidak sebelum kematiannya.

MENGENALPASTI WARIS
Sebelum melakukan pembahagian harat secara Faraid, adalah mustahak untuk mengenalpasti dahulu siapa waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud.

  1. Ashabul-Furud
    Ashabul Furud adalah golongan yang telah ditetapkan pecahan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Antara waris yang tergolong sebagai ashabul furud ialah isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara
    perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
  2. Asabah
    Asabah pula golongan yang akan terima baki harta setelah Ashabul Furud mengambil bahagian mereka. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
    (a) Asabah Binafsih
    (b) Asabah Bil Ghoir
    (c) Asabah Maal Ghoir.

(a) Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa saudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau
lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk
sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang
perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi
dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan DhawilArham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit
(anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu: Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian AshabulFurud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersamasamanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

Disclaimer:

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by Azimah Azalia & Co. (“the Firm”) as to the completeness and accuracy of the information given and the Firm is not responsible for any errors or omissions which may occur. Under at no circumstances will the Firm be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever. This webpage is specifically designed in accordance with the Advocates (Website) Rules 2013 and Advocates (Practice and Etiquette) Rules 1988  and purely for informative purposes only not to be taken as a form of publicity. 

PERAK OFFICE:
B-3-2, 3rd Floor Intan Business Centre 2, Lebuh Medan Ipoh, Bandar Baru Medan, 31400 Ipoh, Perak
Tel. No : 05 541 6364
Fax No: 05 541 6364

E-mail | azimahazalia@yahoo.com

SELANGOR OFFICE:
C-203B, Floor 2, Block B
Vista Shoplot, Jln PJU 10/2A
Damansara Damai, 47830
Petaling Jaya, Selangor
Tel No. : 03 6151 6364
Fax No. : 03 6151 6364