Jenis tindakan yang boleh diambil terhadap individu yang menjadi punca gelombang kedua dan ketiga Covid 19
Tindakan Jenayah
Sesyen 12 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 Selepas ini dirujuk sebagai APPPB) memperuntukan bahawa “orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang boleh merebakkan penyakit berjangkit “
Seterusnya Sesyen 12 (1) akta yang sama diperincikan seperti berikut
“Tiada seorang pun yang tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dia menghidap sesuatu penyakit berjangkit boleh mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan melalui kehadiran atau kelakuannya di mana-mana tempat awam atau mana-mana tempat lain yang digunakan bersama-sama oleh orang selain anggota keluarga atau rumahnya sendiri.
Maksud Jangkitan didefinisikan di Sesyen 2 (2) APPPB seterusnya menyatakan
“jangkitan” ertinya kemasukan agen penyakit berjangkit ke dalam benda bernyawa dan pembiakannya dalam benda bernyawa;
Berdasarkan sesyen 12(1) mana-mana individu yang mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa beliau mempunyai risiko jangkitan Covid 19 sebagai contoh beliau mempunyai simptom-simptom penyakit Covid 19 atau beliau baru pulang dari tempat yang berisiko tinggi tetapi telah menyertai perhimpunan tabligh maka beliau boleh didakwa dibawah akta yang sama. Contoh kedua ibu mengandung tapi gagal declare suami hadir ke perhimpunan tabligh walaupun dia ada simptom.
Hukuman?
Seksyen 24 menyatakan bahawa “Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan
(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya;
(b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya;
(c) berkenaan dengan kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
Pampasan Wang Ringgit?
Selain daripada tindakan jenayah tindakan sivil juga boleh diambil oleh mangsa atau keluarga mangsa. Undang-undang tort adalah terpakai dalam hal ini
Melalui undang-undang tort individu yang menjadi mangsa boleh menuntut gantirugi am dan khas berupa wang ringgit dengan melantik peguam yang bertauliah untuk membuat tuntutan di mahkamah.Tuntutan boleh dibuat terhadao individu yang menjadi punca penyebaran penyakit ini.
Semoga memberi entri memberi faedah kepada semua!!! #stayathome